Friday, 11 August 2017

Projek Tanaman Cili Bara

Bismillahhirrahmanirrahim...
Assalamuaikum dan Salam Sejahtera...
Kami dari Syarikat Big Chili Enterprise memulakan projek Tanaman Cili Padi Bara secara fertigasi pada Julai 2017 bagi memenuhi permintaan yang kian meningkat. Untuk permulaan kami menanam cili padi bara di kawasan yang kecil bagi tujuan untuk pembelajaran dan mengenali cili dengan lebih mendalam. Sehubungan itu, kami menanam sebanyak 500 polybag sebagai permulaan di Klebang Kecil, Melaka.





Setelah membersihkan kawasan/tapak kami memulakan sistem pemasangan fertigasi.




Alhamdulilah, sistem pemasangan fertigasi telah dipasang, dan kami mula menyemai benih cili padi untuk memulakan langkah seterusnya..






Setelah semaian, kami menunggu untuk anak pokok bercambah.. 
Kami akan update setelah ada hasil berbuah.. 
Terima Kasih..

SALAM...

Hari ini nak update sikit...
Setelah 2 minggu semai benih cili, alhamdulilah dah bercambah..
anak pokok nampak sihat belaka seperti gambar di atas.

Hampir 21 hari selepas semai, kami mengambil keputusan untuk mengalihkan anak pokok ke dalam polibag supaya medium lebih sesuai untuk akar mencari makanan dari sumber baja AB yang disalirkan seperti bgambar di bawah.



Terima kasih kepada abang yang baju biru kerana menyediakan air baja AB.. hehe.. Baja AB ini penting dalam sistem fertigasi kerana memberi zat dan makanan untuk pokok yang ingin membesar.
Hari ini tamat untuk pengalihan anak pokok cili padi bara.

Setelah hampir 2 minggu selepas tanam, pokok mula mengidap penyakit kerinting... Adui pening..
Penyakit ini betul2 kene rawat sebelum terlambat. Takut terbantut pertumbuhan pokok... ada juga pokok yang daunnya kekuningan. Bila dikaji, daun kerekot disebabkan ada hama putih disebalik daun yang menyebabkan virus. kami kene tinggakkat dos racun untuk mengawal hama tersebut manakala daun kekuningan disebabkan tidak menerima air baja yang mencukupi @ dripper jauh dari akar pokok.







Setelah seminggu kami tingkatkan kawalan racun, terdapat perubahan pada pucuk pokok yang mengalami kerekot. Pucuk menunjukkan perubahan yang positif seperti gambar di bawah. Alhamdulilah..



Daripada tinjauan saya, ada pokok yang menunjukkan tanda2 awal untuk berbunga setelah 20 hari selepas tanam. Syukur, harap2 semua pokok dapat berbunga dengan serentak. Oleh itu, kita sama-sam tunggu hasil akan datang.. terima kasih...





















Alhamdulillah, pada tarikh 15/10/2017 tuaian pertama dibuat.. musim pertama, tuaian pertama..
hasil tuaian 65 kilo dari 500 pokok... semoga hasil tuaian kedua nanti meningkit.. sama-sama kita doakan.. amin...

4 comments:

  1. Sy berminat nak belajar tanam
    Suka sy tengok hasil nya...semoha berjaya

    ReplyDelete
  2. 65 kilo tu tak termasuk yg rosak kn ? saya pun tgh nak try so kena banyak belajar & buat kajian . so far senang tak penjagaan pokok cili nih ?

    ReplyDelete